Oleh : Radin Amersyah
Assalamualaikum...
Dalam 2, 3 hari ni aku sering didatangi oleh beberapa orang yang bertanyakan pendapat mengenai kes Adam Adli dan UPSI, aku tak pasti sama ada mereka benar-benar mahukan pendapat aku atau sekadar nak test aku sebab diorang tahu aku ni nampak macam "belah sane.." emm, aku tak kisah dan aku tak nak fikir tentang niat hati mereka sebab bukan urusan aku untuk membaca hati orang. Jadi, dah diorang nak tahu sangat pendapat aku, aku berilah pendapat aku, betul atau tidak terpulanglah kepada korang sendiri untuk menilai. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, aku cuma keluarkan 4 soalan yg popular ditnyakan kepada aku :
1) Soalan : Apa pendapat awak tentang tindakan Adam Adli?
Jawapan : Adam Adli, aku boleh komen dari 2 sudut iaitu politik dan etika, kalau nak bercakap dari konteks etika, memang dia salah la sebab dia masuk rumah orang, kena la buat macam rumah orang, PWTC tu milik orang UMNO, mana-mana ahli UMNO memang ada hak untuk marah sepertimana orang yang datang ke rumah kita sesuka hati mengubah perabot di dalam rumah kita, tetapi kalau ianya dibuat di Putrajaya iaitu bangunan kerajaan memang tidak menjadi masalah dan UMNO tak ada hak nak marah sebab bangunan kerajaan adalah hak rakyat, ada perbezaan yang perlu difahamai di situ. Dari sudut kedua pandangan iaitu politik, bagi aku tidak ada apa-apa masalah di dalam tindakan Adam Adli ini kerana tidak ada mana-mana negara di dalam dunia yang mengamalkan demokrasi mengatakan bahawa menurunkan bendera (bkn bndera pn, kain gmbar Najib je) adalah bercanggah dengan amalan demokrasi, kalau nak didakwa budak Adam Adli ni pun, aku tak pasti akta mana yang boleh digunakan untuk mendakwa beliau melainkan dia melakukan tindakan memijak atau membakar bendera tersebut. Di sini aku nak timbulkan 1 persoalan kat korang, mana lebih teruk sama ada tindakan Adam yg dikatakan menghina UMNO dengan tindakan Namawee yang menghina negara? siapa yg sepatutnya didakwa? lu pikirla sndiri.
2) Soalan : Adam Adli masih lagi pelajar, budak mentah, tunggu la habis belajar dulu kalau nak berpolitik pun.
Jawapan : Bila masa pulak budak Adam ni berpolitik? Setahu aku dia salah seorang daripada ribuan golongan mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa (pemansuhan AUKU). Bagi aku dia sebagai mahasiswa berhak dalam perjuangan tersebut sebab AUKU ni menekan mahasiswa, oleh itu mahasiswa ada hak utk membantah. Agak-agak la bro, takkan nak suruh polis, bomba, atau doktor pulak nak perjuangkan pemansuhan AUKU, mestilah mahasiswa sebab mereka terlibat secara langsung terhadap akta ini.
3) Soalan : Habis tu yang diorang dok mengganas smeacam je kt UPSI mlm tu
kenapa?
Jawapan : Haha.. ni minda arus perdana ni.. korang yakin ke mahasiswa malam tu yang menjadi penyebab? Aku tak tahu la siapa yang jadi penyebabnya, tapi yang paling aku hairan kenapa pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan ketenteraman boleh bertempur dengan mahasiswa malam tu? Mereka sepatutnya menjaga keselamatan awam, bila orang berhimpun, mereka kena kawal la dengan cara yang elok kalau disebabkan tiada permit, kenapa pulak geng-geng UMNO boleh berhimpun di tempat yang sama beberapa hari sebelum tu? Takkan ada “double standard” pulak kot. Aku tak fikir mahasiswa akan bertindak kasar tanpa sebab malam tu, ini mesti ada provokasi yang dimainkan dari mana-mana pihak. Bagi aku, korang janganlah terus percaya sebarang berita yang korang terima sebelum diselidiki maklumat itu terlebih dahulu, bukankah itu yg diajar di dalam Islam, betul tak?
4) Soalan : Puak2 tu mesti jadi alat pembangkang.
Jawapan : Itu la pemikiran sesetengah orang kita, bila sesuatu itu tidak sehaluan dengan kerajaan sahaja sudah dianggap alat pembangkang, ikut telunjuk pembangkang, boneka Anwar Ibrahim dan macam-macam lagi, betul ke begitu? Siapa yang cakap? Maksum sangat ke kerajaan Malaysia ni sampai semua orang kena setuju dengan apa yang kerajaan buat, mesti tidak kan? Korang pun mesti ada juga perkara yang korang tak setuju dengan pihak kerajaan, tetapi adakah korang boleh dikatakan mengikut telunjuk pembangkang, tentulah tidak wajar begitu. Janganlah suka sangat menghukum seseorang kerana perbezaan pendapat, tetapi lihatlaa dari segi rasional. Kita mahasiswa, bukannya orang politik yang berkepentingan tertentu, biarlah orang politik sahaja yang berfikir seperti itu, kita sebagai mahasiswa perlu melihat masa depan kita sama ada ianya lebih baik atau sebaliknya.
Sebenarnya banyak lagi soalan yang ditanyakan kepada aku, tetapi al-maklumlah aku ni bukan la power sangat dalam bab menaip dan mengolah ayat, sekadar mengisi masa lapang dan mengisi ruangan dalam blog je. Namun pandangan aku ni tidaklah 100% boleh diterima serta tak mampu memenuhi kehendak semua pihak kerana masing-masing punya pandangan yang tersendiri, tetapi berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber yang aku teliti dari kedua-dua belah pihak, maka itulah yang dapat aku sajikan untuk korang semua.
Wassalam...