Monday, 20 February 2012

Perubahan??


Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

“Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

“Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

“Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

“Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak,” tegasnya.
Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat.

“Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

“Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

“Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.

“Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.

Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

“Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu,” tegasnya.

Saturday, 7 January 2012

Tentang Adam Adli?

Oleh : Radin Amersyah

Assalamualaikum...

Dalam 2, 3 hari ni aku sering didatangi oleh beberapa orang yang bertanyakan pendapat mengenai kes Adam Adli dan UPSI, aku tak pasti sama ada mereka benar-benar mahukan pendapat aku atau sekadar nak test aku sebab diorang tahu aku ni nampak macam "belah sane.." emm, aku tak kisah dan aku tak nak fikir tentang niat hati mereka sebab bukan urusan aku untuk membaca hati orang. Jadi, dah diorang nak tahu sangat pendapat aku, aku berilah pendapat aku, betul atau tidak terpulanglah kepada korang sendiri untuk menilai. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, aku cuma keluarkan 4 soalan yg popular ditnyakan kepada aku :

1)   Soalan : Apa pendapat awak tentang tindakan Adam Adli?

      Jawapan : Adam Adli, aku boleh komen dari 2 sudut iaitu politik dan etika, kalau nak bercakap dari konteks etika, memang dia salah la sebab dia masuk rumah orang, kena la buat macam rumah orang, PWTC tu milik orang UMNO, mana-mana ahli UMNO memang ada hak untuk marah sepertimana orang yang datang ke rumah kita sesuka hati mengubah perabot di dalam rumah kita, tetapi kalau ianya dibuat di Putrajaya iaitu bangunan kerajaan memang tidak menjadi masalah dan UMNO tak ada hak nak marah sebab bangunan kerajaan adalah hak rakyat, ada perbezaan yang perlu difahamai di situ. Dari sudut kedua pandangan iaitu politik, bagi aku tidak ada apa-apa masalah di dalam tindakan Adam Adli ini kerana tidak ada mana-mana negara di dalam dunia yang mengamalkan demokrasi mengatakan bahawa menurunkan bendera (bkn bndera pn, kain gmbar Najib je) adalah bercanggah dengan amalan demokrasi, kalau nak didakwa budak Adam Adli ni pun, aku tak pasti akta mana yang boleh digunakan untuk mendakwa beliau melainkan dia melakukan tindakan memijak atau membakar bendera tersebut. Di sini aku nak timbulkan 1 persoalan kat korang, mana lebih teruk sama ada tindakan Adam yg dikatakan menghina UMNO dengan tindakan Namawee yang menghina negara? siapa yg sepatutnya didakwa? lu pikirla sndiri.

2)   Soalan : Adam Adli masih lagi pelajar, budak mentah, tunggu la habis belajar dulu kalau nak berpolitik pun.

       Jawapan : Bila masa pulak budak Adam ni berpolitik? Setahu aku dia salah seorang daripada ribuan golongan mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa (pemansuhan AUKU). Bagi aku dia sebagai mahasiswa berhak dalam perjuangan tersebut sebab AUKU ni menekan mahasiswa, oleh itu mahasiswa ada hak utk membantah. Agak-agak la bro, takkan nak suruh polis, bomba, atau doktor pulak nak perjuangkan pemansuhan AUKU, mestilah mahasiswa sebab mereka terlibat secara langsung terhadap akta ini.


3)  Soalan : Habis tu yang diorang dok mengganas smeacam je kt UPSI mlm tu
                    kenapa?

     Jawapan : Haha.. ni minda arus perdana ni.. korang yakin ke mahasiswa malam tu yang menjadi penyebab? Aku tak tahu la siapa yang jadi penyebabnya, tapi yang paling aku hairan kenapa pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan ketenteraman boleh bertempur dengan mahasiswa malam tu? Mereka sepatutnya menjaga keselamatan awam, bila orang berhimpun, mereka kena kawal la dengan cara yang elok kalau disebabkan tiada permit, kenapa pulak geng-geng UMNO boleh berhimpun di tempat yang sama beberapa hari sebelum tu? Takkan ada “double standard” pulak kot. Aku tak fikir mahasiswa akan bertindak kasar tanpa sebab malam tu, ini mesti ada provokasi yang dimainkan dari mana-mana pihak. Bagi aku, korang janganlah terus percaya sebarang berita yang korang terima sebelum diselidiki maklumat itu terlebih dahulu, bukankah itu yg diajar di dalam Islam, betul tak?

4)  Soalan : Puak2 tu mesti jadi alat pembangkang.

     Jawapan : Itu la pemikiran sesetengah orang kita, bila sesuatu itu tidak sehaluan dengan kerajaan sahaja sudah dianggap alat pembangkang, ikut telunjuk pembangkang, boneka Anwar Ibrahim dan macam-macam lagi, betul ke begitu? Siapa yang cakap? Maksum sangat ke kerajaan Malaysia ni sampai semua orang kena setuju dengan apa yang kerajaan buat, mesti tidak kan? Korang pun mesti ada juga perkara yang korang tak setuju dengan pihak kerajaan, tetapi adakah korang boleh dikatakan mengikut telunjuk pembangkang, tentulah tidak wajar begitu. Janganlah suka sangat menghukum seseorang kerana perbezaan pendapat, tetapi lihatlaa dari segi rasional. Kita mahasiswa, bukannya orang politik yang berkepentingan tertentu, biarlah orang politik sahaja yang berfikir seperti itu, kita sebagai mahasiswa perlu melihat masa depan kita sama ada ianya lebih baik atau sebaliknya.

Sebenarnya banyak lagi soalan yang ditanyakan kepada aku, tetapi al-maklumlah aku ni bukan la power sangat dalam bab menaip dan mengolah ayat, sekadar mengisi masa lapang dan mengisi ruangan dalam blog je. Namun pandangan aku ni tidaklah 100% boleh diterima serta tak mampu memenuhi kehendak semua pihak kerana masing-masing punya pandangan yang tersendiri, tetapi berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber yang aku teliti dari kedua-dua belah pihak, maka itulah yang dapat aku sajikan untuk korang semua.

Wassalam...




Monday, 2 January 2012

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

oleh Ibnuyaacob

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.

Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ‘salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?

Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

                                 “Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang

                     1. Imam Mahdi
                     2. Nabi Isa a.s.
                     3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superherountuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?

Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.


Wallahu’alam.


Sunday, 1 January 2012

Pesanan Kepada Peminat Dunia Konspirasi Yahudi!!

oleh Ibnuyaacob
 
Assalamu’alaikum…

Bagi peminat-peminat dunia konspirasi Yahudi, tentu anda amat teruja dengan maklumat-maklumat yang didedahkan oleh kebanyakan web-web konspirasi dari barat. Tapi penulis ingin berpesan kepada anda yang meminati bidang ‘ilmu’ ini (Konspirasi) agar berhati-hati dalam beberapa perkara.
Walaupun mereka mendedahkan rahsia masyarakat Yahudi, namun dalam konteks pendedahan itu wujud 2 kelompok utama yang cuba mempengaruhi pembaca.
  1. Kelompok pertama, mereka ingin membawa masyarakat mereka (Kristian) kembali ke pangkuan ajaran sebenar kitab Kristian. Maka setiap kali pendedahan tentang AntiChrist akan diletakkan beberapa petikan ayat dari Injil versi King James. 
  2. Kelompok kedua, mereka adalah golongan beragama yang telah berubah kepada Atheis. Perubahan ini disebabkan kekecewaan mereka terhadap agama Kristian sendiri yang dilihat diputarbelitkan oleh minoriti Yahudi. Oleh itu, mereka beranggapan semua agama adalah serupa. Maka mereka membuat web konspirasi Yahudi dengan memberi pandangan bahawa semua agama adalah palsu.
Bagi blogger muslim pula, saya nasihatkan sebelum membuat atau mengulas sesuatu isu tentang konspirasi agar teliti fakta-fakta tersebut secara menyeluruh. Lihat dahulu latar belakang pemilik web tersebut (sekiranya ada dinyatakan). Atau baca 80% artikel dalam web tersebut untuk mengetahui pemikiran pemiliknya.

Saya berikan contoh seperti David Icke iaitu pembuat filem konspirasi Yahudi, beliau bukanlah atheis dan bukan juga penganut setia Kristian. Namun dalam videonya diselitkan juga komentar-komentar tentang keraguannya tentang Islam. Ada sebahagian maklumat yang boleh kita ambil dan ada juga sebahagian maklumat yang kita harus abaikan.

Seperkara lagi, sekiranya anda menjumpai laman web yang mendakwa mereka golongan Aryan, anda hendaklah berhati-hati membacanya kerana disiti mereka mencampur-adukkan istilah Islam khususnya ungkapan Jihad untuk menarik perhatian umat Islam.

Mudah-mudahan usaha dakwah kita  yang tidak seberapa ini diberkati Allah SWT. Dan mudah-mudahan juga masyarakat Islam khususnya di Malaysia, Indonesia dan Brunei sentiasa berwaspada tentang fitnah Dajjal yang ….

“TIDAK KELIHATAN TETAPI DIRASAI KESANNYA”

Na’uzubillahiminzaalik…